Wednesday, February 10, 2010

Me vs Anime (II)

THE GIRL WHO LEAPT THROUGH TIME
 (Toki o Kakeru Shōjo) 



Ni antara filem anime yang bagi aku semua peminat perlu 'tonton'. Filem anime ni memang dah lama 'keluar', tahun 2006. Malahan, kalau aku tak silap, filem ni pernah ditayangkan di panggung Cineleisure tahun 2007.



Filem anime ni dibuat berasaskan novel dengan tajuk yang sama walaupun karekternya berbeza. Karekter filem anime ini ialah Makoto Konno, yang dihintkan sebagai kawan kepada karekter dalam novel tersebut. 



Secara amnya ia mengisahkan tentang Makoto yang menyedari dia mempunyai kuasa untuk pulang ke masa lepas (time leap) dan ubah perkara-perkara yang telah berlaku.

Apa yang menariknya ialah Makoto ni dipaparkan sebagai seorang remaja biasa. Jadi kita dah boleh jangka macam mana Makoto ni akan guna 'kuasa'nya tu. Contohnya dia telah time leap untuk 'ambil' balik test yang dia telah fail supaya akhirnya dia dapat markah 100% dan antara scene paling kelakar ialah apabila dia guna kuasanya untuk berkaraoke dengan kawan-kawannya selama 10 jam sebab dia rasa tak puas berkaraoke selama sejam saja.



Tapi filem ini jadi lebih menarik kerana kita juga dipaparkan tentang 'kelemahan/kekangan' kuasanya itu dan juga kisah 'cinta' antara Makoto dengan kawannya Chiaki yang menjadi tema untuk 2nd half filem anime ini. Malahan kisah 'cinta' ini jugalah yang menjadikan ending filem ini begitu menarik.

Apa-apa pun aku memang rekomen sangat filem ni. Tambahan lagi filem ni pun dah banyak dapat award dan akan dibuat filem live action yang akan ditayangkan di Jepun tahun ini. Maklumat lanjut tentang filem ni ada di Wikipedia, jadi sape-sape yang berminat bole la baca di situ.

Final verdict: 4/5 bintang daripada aku.
 
Seperti biasa, di bawah ni beberapa screen shot daripada filem ini:-

 

  

  

  

  

 
 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk