Saturday, February 13, 2010

Me vs Anime (III)

TENGEN TOPPA GURREN LAGANN
(天元突破グレンラガン)



Ok jika sebelum ni aku dah 'review' Movie Gurren Lagann yang kedua iaitu Lagann-hen, sekarang aku nak review sirinya plak. 




Anime ini dihasilkan oleh syarikat Gainax dengan kerjasama Aniplex dan Konami. Seperti yang korang dah maklum, anime ini adalah di bawah  kategori anime Mecha. 



Ia berlatar-belakangkan dunia di mana manusia hidup di kampung-kampung yang di'bina' di bawah tanah. Penghuni kampung-kampung ini tidak pernah menjejak kaki ke permukaan bumi dan juga tidak pernah berhubung dengan kampung-kampung lain. 




Akibat kerap mengalami gempa bumi yang memusnahkan kampung mereka, setiap kampung mempunyai golongan penduduk yang digelar sebagai Diggers. Diggers ini bertugas untuk mengorek lebih banyak ruang baru untuk menempatkan penduduk-penduduk kampung. 





Hero siri anime ini bernama Simon yang tinggal di Kampung Giha. Dia merupakan diggers yang cekap dan berkawan baik dengan seorang lagi watak utama anime ini, seorang pemberontak bernama Kamina. Kamina mempunyai impian yang 'pelik' iaitu untuk hidup di permukaan bumi kerana kononnya beliau pernah melihat dunia di permukaan bumi ketika beliau masih kecil.



Penemuan 'muka besar' oleh Simon ketika mengorek dan ketibaan Yoko (seorang lagi watak utama) bersama mecha besar yang jahat di kampung Simon telah menjadi punca bagi Simon dan Kamina akhirnya terjebak dalam pengembaraan di muka bumi yang akhirnya mengubah seluruh dunia mereka. 



Seperti yang aku tulis dalam review filem Gurren Lagann ini,  jalan cerita anime ini memang unik kerana terbahagi kepada dua era. Era pertama menceritakan tentang Simon yang masih kanak-kanak mengembara dan mengenali dunia di permukaan bumi bersama-sama dengan Kamina dan Yoko. Pengembaraan mereka ini telah menemukan mereka dengan watak-watak serta musuh-musuh yang mendiami dunia tersebut. Pada masa yang sama pada era inilah Simon perlu menghadapai cabaran demi cabaran demi mengelakkan manusia daripada terus hidup di bawah tanah.



Era kedua menceritakan tentang Simon yang telah remaja (7 tahun selepas menjejakkan kaki ke permukaan bumi) dan pengembaraan  beliau dan rakan-rakan menentang musuh sebenar yang menyebabkan manusia terpaksa hidup di bawah tanah pada asalnya. Di era ini, cinta sejati Simon telah tmenghadapi cabaran yang hebat. Malahan maruah dan reputasinya juga telah dimusnahkan sebelum beliau akhirnya bangun semula untuk menyelamatkan manusia serta alam sejagat.


Walaupun karekter dan jalan ceritanya saja dah cukup untuk menarik perhatian peminat-peminat anime, mecha dan scene perlawanan mecha yang dipaparkan dalam anime ini akhirnya telah menjadikan siri anime ini menerima undian terbanyak untuk mendapat anugerah top anime of 2007 serta memenangi banyak award lagi di Tokyo International Anime Fair dan Animation Kobe and Japan Media Arts Festivals.Anime ini juga begitu femes sampaikan anime ini menjadi inspirasi untuk kartun Transformers Animated dan mecha anime ini pernah 'masuk' komik Green Lantern oleh syarikat DC Comics di US. 



Jadi untuk semua peminat-peminat anime, apa tunggu lagi. Rugi kalau tak tonton anime ni.

 

  

  

  
 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk