Saturday, February 13, 2010

Me vs Info (II)

TRIVIA VALENTINE'S DAY



Pada 270 masihi, Masyarakat Rom kerap meraikan Festival Lupercalia pada setiap bulan Februari iaitu salah satu upacara pemujaan para Dewa. Uniknya dalam tradisi itu setiap lelaki boleh memilih gadis yang mereka sukai untuk menjadi pasangan mereka dalam masa sehari. Nama gadis yang terpilih akan ditulis di atas kertas & dimasukkan kedalam gelas kaca. Setiap lelaki akan mencabut satu nama dalam gelas kaca tersebut & gadis yg terpilih bakal menjadi teman mereka semasa festival tersebut.
 




Di abad ke-3, Rom dipimpin oleh Kaisar Claudius yang kejam. Dia bercita-cita untuk memiliki pasukan tentera yang besar supaya selalu menang dalam peperangan. Jadi beliau telah memaksa semua lelaki muda Rom untuk bergabung dan memperkuatkan lagi benteng pertahanan beliau.


Malangnya, kebanyakan pemuda Rom tidak bersetuju dengan tindakan Claudius kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kekasih mereka dan menyebabkan Claudius marah lantas mengeluarkan satu arahan 'GILA'. Maka Claudius telah melarang perkahwinan dan pertunangan di Rom.

Dalam waktu yang sama muncul seorang yang bernama St. Valentine. Kerana tidak bersetuju dengan tindakan Claudius , dia bersama St. Marius tetap berkahwin dengan pasangannya secara sembunyi tapi malangnya perkahwinan mereka dapat dihidu oleh Claudius dan St. Valentine dipenjara dan kepalanya telah dipenggal.


Puterinya kerap melawat St. Valentine di penjara dan mereka akan berbual berjam-jam lamanya. Dan semangat St Valentine kembali bangkit. Untuk menunjukkan kasihnya, St Valentine telah menulis "Terima Kasih di atas semua perhatian sokongan dan bantuan yg diberikan selama ini. Dengan cinta , dari Valentinemu"

Akhirnya pada tanggal 14 Februari St Valentine telah dipenggal kepalanya. Dan masyarakt di sana terus menggantikan Festival Lupercalia kepada Hari Valentine untuk memperingati St. Valentine.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk