Monday, February 22, 2010

Me vs Malaysia Boleh (V)

CANING AS PUNISHMENT




Kelakar pulak aku baca berita di bawah ni. Tapi cuba bayangkan kalau hukuman sebat terhadap lelaki pun ditiadakan macam mana jadinya Malaysia ni nanti. Melimpah ruah le penjara-penjara kita agaknya.


HUKUMAN SEBAT DICABAR KERANA TINDAS KAUM LELAKI


22/02/2010 7:46pm

PUTRAJAYA 22 Feb. – Seorang bekas pengurus bank mencabar hukuman sebat yang dikenakan terhadapnya bagi kesalahan pecah amanah dengan mendakwa hukuman itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menindas kaum lelaki.

Azlan Alias, 49, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu enam tahun lepas, meminta Mahkamah Rayuan menyemak semula kesnya berdasarkan hujah itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dianggotai Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah and Datuk Ahmad Maarop menetapkan 10 Mei bagi mendengar kes itu di hadapan panel hakim baru.

Perbicaraan kes ini ditangguh ke tarikh itu berikutan penarikan diri Ahmad, yang menganggotai panel hakim Mahkamah Rayuan, yang menolak rayuan Azlan terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadapnya pada 26 Jun tahun lepas.

Alasan bagi permohonan semakan semula kes berkenaan terkandung dalam afidavit peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Azlan, dan dikepilkan bersama notis permohonan bagi semakan semula kes itu.

Hujah yang dikemukakan perayu adalah pelaksanaan hukuman sebat melanggar Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang memberi perlindungan terhadap warganegara daripada ditindas oleh mana-mana undang-undang berdasarkan gender.

Azlan berkata, dia berhak mendapat perlindungan undang-undang sama seperti yang beri kepada wanita, melainkan Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebaliknya.

Seksyen 289 Kanun Acara Jenayah melarang hukuman sebat dikenakan terhadap wanita.

Azlan meminta mahkamah mengetepikan hukuman sebat itu kerana mendakwa Seksyen 289 bercanggah dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, mahkamah bertanggungjawab memperbetulkan ketidakdilan yang wujud.

Bekas pengurus Bank Pertanian Malaysia Cawangan Machang itu dijatuhi hukuman penjara dan sebat setelah disabitkan kesalahan melakukan pecah amanah melibatkan RM304,000 di bank berkenaan antara 6 Julai dan 9 Julai 1997.

Rayuan yang dikemukakannya kepada Mahkamah Tinggi Kota Bahru dan Mahkamah Rayuan telah ditolak. – Bernama


Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk