Sunday, February 7, 2010

Me vs OD-ASB (V)

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUAT OD-ASB


OD-ASB CIMB
Minimum sijil : RM12,000
Rate : BLR - 1.65%
MOF : 90%




1. Bawa buku ASB ke cawangan ASNB untuk membuat sijil ASB.

Sampai disana, isi borang permohonan untuk membuat sijil ASB. Di kaunter, borang yang telah diisi dan RM10 diberikan kepada kerani yang bertugas. Tak sampai 10 minit, semuanya beres. Sijil bernilai $$$$$ ada ditangan.

2. Pergi CIMB terdekat

Apa yang diperlukan

- IC
- Salary Slip
- Sijil ASB
- Buku ASB

Sampai disana berikan semuanya diatas untuk dibuat salinan sambil itu, silalah mengisi borang permohonan OD/ASB. Itu saja. Lepas semuanya selesai, boleh lar buat-buat tanya pasal produk CIMB yang lain seperti Credit Card, Refinancing, ASB Loan, Unit trust dan macam-macam lagi. Ini dapat memberikan semangat kepada beliau untuk mempercepatkan urusan permohonan anda :)

So, sekarang tunggu masa nak sign LO.


3. Sign LO

Bank akan telefon untuk beritahu supaya datang sign LO. Boleh juga buat ATM kad untuk current account OD. Minggu depannya boleh ambik buku cek. OD masuk dalam 1-2 minggu bergantung kepada PNB.

Kos yang perlu untuk projek OD/ASB CIMB ini :-

Sijil ASB = RM10
CIMB Fees = RM162.15
*Deposit Akaun Semasa = RM500

Total : RM672.15

*Syarat untuk buka akaun semasa baru, boleh keluar balik jika perlu. Ada juga cawangan CIMB yang tidak minta deposit ini.



4. Tunggu duit masuk Current Account

Untuk tahu duit sudah masuk atau belum kena tengok Account Balance baru nampak jumlah untuk OD.  Overdraft limit akan menunjukkan RM0.00 jikalau duit belum digunakan. Setelah duit digunakan baru limit akan menunjukkan angka negatif. 

5. Berbelanja dengan berhemah


Dah dapat duit tu jangan pulak joli katak. Jangan jadi red indian dapat senapang :) Kena ingat anda perlu maintain sekuruang-kurangnya 10% dari duit OD untuk servis interest. Kalu baki akaun tidak mencukupi untuk bayar interest, OD akan ditukar menjadi term loan yang lebih tinggi interestnya. Jadi kenalah sentiasa beringat.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk