Friday, February 19, 2010

Me vs TV (III)

SMALLVILLE S09E12: WARRIOR



Mesti korang tertanya-tanya sape pulak mamat dalam gambar di atas tu. Dialah Warrior Angel, superhero baru yang ditonjolkan dalam episod ke-12 Smallville musim ke-9 ni.






Selain dari Warrior Angel, karekter superpower lain yang menjadi guest star dalam episod ini ialah Zatanna. Zatanna pernah muncul dalam season 8 dan merupakan salah satu awatk superhero dalam komik DC. Cuma watak dalam siri ni agak berbeza dengan dalam komik, walaupun penampilan dalam episod ni sejibik macam dalam komik.



Episod ini berkisar tentang Zatanna yang sedang mencari sebuah komik yang dipamerkan di Comic Con yang sedang berlangsung di Bandar Metropolis kerana komik tersebut telah disumpah oleh bapa beliau. Bagaimanapun seorang kanak-kanak telah mencuri komik tersebut dan telah terkena sumpaha tersebut yang telah menukar beliau menjadi Warrior Angel.



Warrior Angel ni kemudiannya telah berjumpa dengan Chloe dan beliau berjaya menarik hati Chloe sehinggalah Chloe tahu 'rahsia' sebenar Warrior Angel ini. Untuk tahu kesudahannya kena le tengok sendiri ek.



Seperti biasa, di bawah ini ada beberapa gambar daripada episod ini.


  






 

  

  

 

PS: kadangkala aku tengok Zatanna ni rupa dia macam Lois plak. Kembar ke?

 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk