Tuesday, March 9, 2010

Me vs AF8 (II)

AF8 CONTESTANTS ARE HERE (2)


Ini pula 'berita' dari murai.com.my.



  



Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 9 MAC 2010:  Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya apabila pihak Astro mengumumkan bahawa 2 beradik dari Sabah iaitu  Erma Suhaimi, 21 (Ema) dan Siti Adira Suhaimi, 19 (Adira) adalah antara sebagai  peserta yang terpilih menjadi sebahagian daripada 12 pelajar yang berjaya menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia 8 (AF8).

Selain itu, barisan 12 pelajar AF8 masih lagi dimonopoli peserta daripada Borneo apabila  4 pelajar perempuan dipilih daripada Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19, termasuk Ema dan Adira, manakala Zafarina Jamhari atau Farina, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 berasal dari Sarawak.

Ada 2 pelajar berasal dari Klang, Selangor iaitu Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 dan Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26.

Pelajar lelaki lain ialah Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 (Kuala Lumpur), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 (Perak), Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 (Negeri Sembilan) dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 dari Johor.

Perjuangan 12 pelajar ini bakal dimulakan pada Tirai AF Sabtu ini (13 Mac 2010) jam 9 malam di Astro Ria bersama Sarimah dan Jimmy selaku hos. Manakala kehidupan seharian mereka dalam diari boleh ditonton mulai 15 Mac, jam 7.30 malam bersama Jimmy Shanley.




Dari segi penajaan, kelainan turut tercipta apabila Brand's buat julung kalinya menjadi penaja utama AF8 diikuti Modenas dan Maybelline masih lagi menjadi penaja bersama AF8.

Portal murai.com.my sekali lagi menjadi portal hiburan rasmi AF8 dengan menampilkan slot AF8 yang mempunyai pelbagai segmen seperti Cerita, Kenali Pelajar, Kenali Warga AF8, Blog dan Apa Kata M?.

Menerusi Apa Kata M? yang diwarnakan Maybelline, peminat fanatik AF8 berpeluang untuk di make-over dan memenangi pelbagai hadiah menarik. Penonton juga berpeluang menjadi orang yang pertama berjumpa bakal juara AF8 dengan menyertai Mencari Bintang AKM yang bakal bermula tidak lama lagi.

Bagi segmen blog, murai.com.my menampilkan pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi sebagai blog pengkritik tetap bersama penyanyi Liza Hanim. Selain itu, anda juga berpeluang mendekatkan diri dengan pengetua AF8, Norman dan hos AF8, Jimmy Shanley dengan membaca blog eksklusif mereka di murai.com.my.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk