Saturday, March 6, 2010

Me vs Anime (V)

GA-REI ZERO

 


Kali ini aku nak review anime Ga-Rei Zero. Anime ini sebenarnya adalah prequel kepada manga Ga-Rei. Disiarkan pada tahun 2008, ia merupakan anime yang menimbulkan 'kontroversi' apabila dalam episod pertamanya sahaja semua hero (dalam gambar di atas) telah mati dibunuh. 




Jalan cerita yang menarik, adegan perlawanan yang ganas dan elemen lesbian yang ditonjolkan melalui perhubungan 2 watak utama siri anime ini telah melonjakkan kepopularan anime ini.

 


Anime ini berkisar tentang perhubungan Kagura & Yomi dalam kehidupan harian mereka menentang demon dan tragedi yang menimpa mereka. 



Walaupun anime ini adalah prequel kepada manganya, korang tak perlu baca manganya untuk menonton anime ini. Malahan selepas menonton anime ini korang mungkin tertarik untuk membaca manganya pulak, dan mungkin itulah tujuau utama anime ini dibuat.



Bagi yang ingin 'menonton' anime ini, korang bolehlah donlot versi DVDnya yang tidak censored adegan-adegan ganas dalam siri ini.




Final verdict: 4/5 bintang daripada aku (layak dapat 5 bintang tapi memandangkan jalan ceritanya bersambung di manga, aku potong satu bintang).

 


 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk