Monday, March 22, 2010

Me vs Info (XV)

DiGi ACCUSED OF CHEATING RM500,000,000


DiGi telah menipu pelanggan-pelanggannya? Itulah yang dilaporkan oleh agensi berita bebas MATHABA. 


MATHABA telah melaporkan bahawa DiGi telah menipu pelanggan-pelanggannya dalam anggaran sebanyak setengah bilion Ringgit Malaysia setahun.

Menurut agensi berita tersebut, ujian (diterbitkan tanpa sebarang bukti) pada rangkaian DiGi mendedahkan bahawa DiGi telah menyambungkan panggilan biasa ke peti mel suara walaupun penerima panggilan berada di kawasan dengan liputan rangkaian penuh.


Bagaimana ujian ini dilakukan, tiada siapa pun pasti, tetapi fakta dan sentimen dalam artikel tersebut membuatkan kita menyoal kewibawaan pengarang tersebut. Menyatakan bahawa "DiGi tiada perkhidmatan 3G" hanyalah salah satu tanda betapa kurang fasihnya pengarang dengan telko kuning itu. Yang pasti artikel beliau tetap menarik untuk dibaca.


Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk