Saturday, March 27, 2010

Me vs Info (XVII)

THE HISTORY OF EARTH HOUR


Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.


Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.

Paling menarik, mercu tanda popular dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat (AS); Colosseum di Rome; Sydney Opera House di Sydney, Australia dan papan tanda Coca Cola di Times Square di New York bergelap selama sejam.

Pada penganjurannya pada tahun-tahun lalu, lebih 400 bandar dari tujuh benua mengambil bahagian. Dilaporkan, laman web rasmi Earth Hour menerima kunjungan lebih 6.7 juta pelawat kira-kira seminggu menghampiri Earth Hour. Enjin pencarian popular, Google juga telah menggelapkan laman webnya sebagai tanda sokongan.





 
Di Malaysia, kempen Earth Hour dilancarkan pada 16 Februari 2009 alu. Ini adalah penyertaan pertama negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini. 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk