Sunday, April 4, 2010

Me vs Anime (VII)

SUMMER WARS

Wow!!! Itu saja yang dapat aku katakan tentang filem anime Summer Wars (SW) ini. Tidak hairanlah filem arahan Mamoru Hosoda ini telah memenangi anugerah filem anime terbaik di Japan Academy’s Animation Award. 

Filem  SW ini menonjolkan 2 dunia yang berbeza dengan konflik berbeza yang akhirnya menjadi satu konflik besar yang mengancam dunia. 


Salah satu dunia yang ditonjolkan ialah OZ, sebuah laman komuniti di Internet, yang maha besar, di mana berjuta-juta orang dan perniagaan, yang diwakili oleh avatar tersendiri, boleh berinteraksi dan berhubung di antara satu sama lain untuk melakukan pelbagai aktiviti daripada berchatting dan bermain game sehinggalah mendapatkan berita, rawatan kesihatan dan maklumat satelit. 

Konflik utama dalam filem ini datangnya daripada satu Artificial Intelligence (AI) yang amat bijak tetapi telah menjadi 'jahat'. AI ini telah membuat kacau di OZ dengan mencuri akaun pengguna-pengguna OZ sehingga menyebabkan perlbagai masalah di dunia nyata seperti traffic jams, panggilan kecemasan yang palsu, dan pelbagai lagi.


Dunia satu lagi pula, yang amat berbeza, ialah sebuah mahligai Jepun kuno di sebuah kampung yang amat indah sekali. Ia didiami oleh keturunan Jinnouchi semenjak Era Muromachi (1366 - 1573) lagi. Konflik ini berkisar tentang masalah hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga Jinnouichi dan juga dengan masalah Kenji untuk menyesuaikan diri dengan ahli keluarga Jinnouchi.

Dengan kewujudan dua dunia dalam SW ini, maka tidak hairanlah ada dua poster yang amat berbeza untuk promosi filem ini.


Poster pertama  untuk dunia OZ (dengan semua avatar dalam OZ) dan....


... satu lagi poster untuk ahli keluarga Jinnouichi dan Kenji di dunia satu di di mahligai Jinnouichi.

Kewujudan dua dunia ini, pada pendapat aku, ialah untuk menunjukkan realiti dunia sekarang di mana walaupun kita hidup dalam dunia serba canggih yang memerlukan semua urusan dibuat online, kita tetap tidak boleh membuang budaya, amalan tradisi dan hubungan kekeluargaan yang menjadi teras keharmonian dan kebahagiaan kehidupan kita. 
 
Tetapi ia juga tidak bermakna demi mengekalkan budaya, amalan tradisi dan hubungan kekeluargaan, kita mesti menolak perubahan dan teknologi. Disinilah kekuatan filem ini di mana ia berjaya menonjolkan bahawa budaya, amalan tradisi dan hubungan kekeluargaan boleh menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya, amalan tradisi dan hubungan kekeluargaan. 


Ini boleh dilihat melalui penglibatan setiap ahli keluarga Jinnouchi berperang dalam dunia OZ semasa membuat persiapan untuk majlis tradisi keluarga tersebut. Di mana zaman samurai dahulu keluarga Jinnouchi ini berperang menggunakan pedang dan lembing, sekarang mereka berperang menggunakan komputer dan handphone. Kerana apa yang penting ialah kerjasama :)

Yang pasti aku memang amat rekomen filem ini. Memang best, sebest filem The Girl Who Leapt Through Time yang aku penah review sebelum ini. Di bawah ni beberapa gambo dari filem Summer Wars. Enjoy.








 




Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk