Sunday, May 23, 2010

Me vs Anime (IX)

GUNDAM HANDPHONE?


Wah, Bandai baru saja keluarkan pakej model Gundam dan handphone. Cun jugak handphone tu.




Handphone 945SH G Ver.GP30th tersebut adalah handphone Sharp 945Sh yang diubahsuai dengan tema Gundam. Handphone ini dilengkapi dengan skrin 3.4 inci (854x480) menggunakan teknologi terbaru full wide VGA ASV LCD, skrin kedua OLED 1.4 inci (64x192), kamera 12,1 mega pixel anti-gegaran autofokus dan juga pelbagai kandungan bertemakan Gundam yang siap diinstall.



Selain itu, pakej ini juga termasuk sebuah robot Gundam RX-78-2.



Disertakan juga sebuah stand untuk handphone dan model Gundam.



Ada juga disertakan pelekat untuk menghiasi handphone tersebut.



Akan mula dijual pada bulan September, tetapi pelanggan di Jepun bole pre-order online mulai 19 Mei lepas.


Adoi memang cun seh handphone tu. Sayangnya tak dapek den boli.





PS: Promoternya pun cun hehehe.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk