Saturday, May 22, 2010

Me vs Info (XXVI)

HAPPY 30TH ANNIVERSARY PAC-MAN


Esok, 22 Mei 2010, Game Pac-Man akan menyambut ulang tahun yang ke-30. Dah lama ropenyer game ni wujud. Sempena ulangtahun ni, mari kita tengok beberapa fakta menarik mengenai game ini.


Game ini merupakan game arked yang dikeluarkan oleh Syarikat Namco pada 22 Mei 1980. Nama asal Pac-Man disebut sebagai pakku-man (パックマン) yang diinspirasikan daripada frasa Jepun paku-paku taberu (パクパク食べる) yang menggambarkan bunyi mulut yang dibuka dan ditutup dengan cepat.

Game ini telah mewujudkan fenomena baru di Jepun dan Amerika Syarikat kerana dikatakan mewujudkan genre baru game arked yang sebelum di kuasai oleh space shooters seperti Game Space Invaders dan Asteroids. Pac-Man ini memang popular sehinggakan 94% daripada gamer-gamer di Amerika Syarikat mengenali karektor Pac-Man ini.



Game Pac-Man ini amat mudah. Pemain hanya control Pac-man untuk makan tititk di atas skrin sambil mengelak daripada di makan oleh 4 hantu-hantu yang meronda di kawasan permainan. Jikalau Pac-Man ditangkap oleh hantu-hantu ini, pemain akan kehilangan satu nyawa dan jikalau nyawa pemain telah habis maka game over lah jawabnya. Bagaimanapun apabila pemain berjaya makan semua titik,tanpa ditangkap hantu-hantu tersebut, pemain akan ke stage seterusnya plak.

Di 4 penjuru skrin terdapat 4 biji power pellets yang apabila dimakan oleh Pac-Man akan memberi Pac-man kuasa dalam jangkamasa singkat untuk makan 4 hantu-hantu tersebut. Dalam masa-masa tertentu juga akan timbul item bonus berbentuk buah (seperti ceri & epal) di tengah-tengah kawasan permainan. Jikalau Pac-man makan buah ini, pemain akan dapat markah bonus.



Hantu-hantu dalam Pac-Man sebenarnya mempunyai keperibadian tersendiri. Merah biasanya suka mengejar, pink suka memerangkap, biru tidak menentu dan oren agak lembab. Di bawah ini disenaraikan nama rasmi hantu-hantu tersebut dalam versi Amerika Syarikat.




Secara teorinya, selagi pemain mempunyai nyawa, permainan tidak akan tamat. Tetapi akibat ada bug dalam permainan tersebut, level yang ke-256 tidak boleh dimain tanpa mengalami game over (lihat di bawah).  Tetapi itu tidak menghalang gamer untuk mencuba level tersebut demi mendapat markah tertinggi.



Pemain pertama yang mendapat markah paling maksimum di level ke-255 tanpa kehilangan satu nyawa pun dan juga mendapat markah terbanyak yang mungkin pada level ke-256 ialah Billy Mitchell  dengan 3,333,360 markah dan ini telah disahkan oleh  Twin Galaxies International Scoreboad pada 3 Julai 1999.


Sempena ulangtahun ke-30 ini, Syarikat Namco telah mengeluarkan beberapa collector's item seperti Zippo lighter dan gelas wine.




Malahan Google juga telah memberi penghormatan kepada Pac-Man dengan menukar logo homepagenya ke versi Pac-Man yang boleh dimain oleh semua pelawat. Bagi yang nak mencuba main game ini boleh la bukak website Google.



Sebenarnya masih ada banyak lagi fakta menarik mengenai Pac-Man ini. Kalau nak tau lebih lanjut bolehla cari di Google (selepas habis main game Pac-Main di  website Google tu ler :) ) 

Yang penting jangan lupa uncapkan Selamat Hari Jadi Pac-Man. Semoga bertahan 30 tahun lagi.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk