Monday, August 20, 2012

Me vs Sales (II)

MERDEKA RAYA 2012 PROMOTION (II)


Ini beberapa lagi promosi menarik sempena Merdeka Raya tahun ini.


Promosi ni sebenarnya bukan sempena Merdeka Raya 2012 tapi adalah sebahagian daripada sambutan 100 tahun syarikat Nestle di Malaysia. Melalui promosi ini, korang boleh dapatkan mug Milo percuma dengan membeli pek MILO 1 kg dan 200 gram MILO percuma dengan pembelian tin MILO 1.5kg. Tin-tin MILO 1.5 kg tu pun ada 4 corak berbeza, menggambarkan 4 zaman yang berbeza. Jadi apa tunggu lagi, kumpulkan 4 corak tin dan mug sekarang.




Ini pulak promosi baru untuk Koleksi Gelas Coca-cola McDonald's. Rasa-rasanya korang pun pernah tengok promosi hampir setupa sebelum ni cuma kali ni korang boleh dapat diskaun sehingga 75% kalau korang beli setnyer. Korang boleh dapatkannya bermula hari Sabtu lepas (18 Ogos 2012).


Bercakap pesal McDonald's, burger GCB kembali lagi di McDonald. Tidak ditulis pulak sehingga bila jadi kepada peminat-peminat GCB, segeralah ke kedai McDonald's terdekat.


TGV pun tak melepaskan peluang untuk menwarkan promosi sempena Raya tahun ini. Mulai 18 Ogoso lepas, kalau korang pergi tengok wayang di semua panggung TGV, korang boleh beli popcorn small cuma dengan harga RM1 sahaja untuk setiap tiket wayang yang korang beli. Jadi lagi banyak tiket, lagi banyak popcorn small korang boleh beli dengan harag RM1. Murah tuuuu.



Bagi yang masih ingin shopping barang elektrik dan elektronik, korang bolehlah ke kedai Harvey Norman terdekat. Pelbagai barangan diberikan diskaun termasuk kamera digital dalam Mega Raya Merdeka Sale Harvey Norman ni. Malahan korang akan dapat voucher diskaun lagi dengan setiap pembelian yang boleh korang guna semasa sale ni. 


Bagi peminat aiskrim pulak, korang boleh le cuba menu baru aiskrim Haagen-Dazs iaitu Aiskrim Kuih Bulan (Ice-cream Mooncakes). Korang boleh pilih 4 perisa isitmewa untuk dinikmati iaitu Coklat Gelap, Coklat Putih, Coklat Susu dan Coklat Strawberri dalam bentuk kuih bulan mini. Dah le comel, rasanya mesti sedap. Nyum nyum.



Untuk peminat Siti Nurhaliza dan produk beliau SimplySiti, sekarang ni ada SimplySiti Merdeka Raya Special daripada 10 Ogos sehingga 19 September 2012. Aku tak pasti sangat apa yang istimewanya promosi ni tapi korang boleh tengok di kedai online SimplySiti, takpun pergi ke kedai-kedai yang jual produk SimplySiti ni untuk dapatkan maklumat lanjut.



Bercakap pesal kosmetik, rangkaian kedai Guardian juga ada buat Merdeka Sale bermula daripada 2 Ogos lepas sehingga 2 September ni. Pelbagai barangan yang dapat diskaun, daripada sekecil-kecil pencungkil gigi sehinggalah ke sebesar-besar Lampin Bayi Pakai Buang. Malahan sebelum raya dulu setiap RM50 dalam satu resit anda boleh dapat sampul duit raya percuma tapi mungkin sekarang dah takde dah sebab sampul tu terhad. 


Pesaing terdekat Guardian, Watsons pulak ada promosi Selebriti Aidilfitri. Daripada segi produk dua-dua kedia ni hampir sama tapi promosi raya Watsons ni special sikit. Special sebab diorang ada Scha dan Awal sebagai duta promosi diorang. Promosi Watsons ni pun lebih lama, bermula daripada 24 Julai lepas hinggalah 3 September ni.  


Itu saja untuk kali ini. Rasanya ini yang terakhir kut untuk raya, next time mungkin lebih banyak promosi untuk Merdeka saja.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk