Wednesday, August 15, 2012

Me vs Tokunime (II)

GABAN @ GAVAN - THE NEXT GENERATION



Wow, sape sangka pihak TOEI akan mengeluarkan Filem baru Gaban dengan menampilkan Gaban generasi baru. Di atas tu adalah poster rasmi filem tersebut... 



Bukan saja Gaban, tapi 'junior-junior' dia, Sharivan dan Shaider, pun akan dapat generasi baru. Junior dia yang dua orang tu mungkin tak femes di Malaysia sebab siri diorang tak disiarkan di Malaysia tapi sapa yang rajin donlod fansub ni mesti penah tengok.



Semua adalah hasil kepopularan Gaban yang makin meningkat selepas kemunculan semula beliau dalam filem Gokaiger vs Gavan. Filem baru ni juga adalah sempena sambutan ulang tahun ke 30 Gavan.  


Gabungan Gaban original dan Gaban Type-G (generasi baru) memang mantap. Yang membezakan diorang cuma badan Gaban Type G kurang 'butang' dan lampu, mungkin menandakan ke'junior'an Type G ni. Mata diorang pun akan berbeza, mata senior merah dan mata junior biru bila menyala.



Ni pulak gambar diorang sebelum bertukar. Tak semacho si senior tapi memang trend sekarang hero jambu-jambu ni. Tak percaya? Cuba tengok gambo si senior waktu muda-muda dulu.


Apa-apa pun, aku harap filem dia akan superb macam filem Gokaiger vs Gavan. Kalau dalam filem tu, aksi lawan dia pun best. Sekurang-kurangnya generasi baru ni pun akan kenal sapa Gaban ni.



Jouchaku! Uchuu Keiji, Gavan!

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk