EVOLUSI MICROSOFT WINDOWS
(ERA KEGEMILANGAN) Sekarang kita teruskan evolusi di Era Kegemilangan pulak.
Windows 95 (1995)
Asalnya dinamakan dengan kod Chicago, Windows 95 adalah penerus untuk semua sistem operasi Windows yang sudah ada setakat ini. Ia memberikan antara muka pengguna grafik penuh, integrasi 32-bit TCP / IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) stack untuk built-in sokongan Internet, rangkaian dial-up, dan fungsi baru Plug and Play yang memudahkan pengguna untuk memasang hardware dan software.
Windows NT 4.0 (1986)
Windows NT Workstation 4.0 menggunakan antara muka pengguna Windows 95 yang popular tetapi memberikan sokongan untuk meningkatkan rangkaian dengan lebih mudah dan akses kepada Internet dan Intranet syarikat dengan lebih selamat.
Windows NT Server 4.0 (1996)
Windows NT 4.0 yang direka untuk sistem server perniagaan kecil-kecilan.
Windows 98 (1998)
Windows 98 adalah upgrade kepada Windows 95. Digambarkan sebagai sebuah sistem operasi yang "Works Better, Plays Better," Windows 98 adalah versi pertama Windows yang dirancang khusus untuk konsumer.
Windows 2000 (2000)
Lebih daripada hanya upgrade kepada Windows NT Workstation 4.0, Windows 2000 Professional juga dibina untuk menggantikan Windows 95, Windows 98, dan Windows NT Workstation 4.0 pada semua desktop dan laptop perniagaan. Dibangunkan mengguna kod asas Windows NT Workstation 4.0 yang sudah terbukti stabil, Windows 2000 menambah peningkatan besar dalam ciri-ciri keselamatan, kemudahan penggunaan, keserasian Internet, dan sokongan untuk komputer mudah alih.
Windows ME (2000)
Direka untuk pengguna komputer di rumah, Windows ME menawarkan konsumer pelbagai fungsi memainkan muzik serta video, dan rangkaian rumah tambahan dan peningkatan ciri-ciri keselamatan. Walaubagaimanapun Windows ME ini telah menerima kritikan teruk akibat tidak stabil dan masalah-masalah lain yang dihadapi oleh pengguna.
Windows XP (2001)
Windows yang paling berjaya, Windows XP Professional membawa asas dari Windows 2000 ke PC desktop, meningkatkan kehandalan, keselamatan, dan prestasi. Dengan rekabentuk visual yang segar, Windows XP Professional merangkumi ciri-ciri untuk perniagaan dan perkomputeran rumah yang canggih, termasuk sokongan remote desktop, sistem file encryption, dan system restore dan ciri-ciri rangkaian yang lebih canggih.
Sampai sinilah Era Kegemilangan Microsoft Windows. Malam nanti Era Moden pulak.
Sampai sinilah Era Kegemilangan Microsoft Windows. Malam nanti Era Moden pulak.