Sebenarnya, aku agak teruja dengan 'kehadiran' AF8. Dengan Pengetua baru yang boleh dikatakan hebat, Pengacara baru+lama yang tidak egomaniac macam pengacara sebelum ini (bukan Aznil) dan penyiarannya yang dibuat dalam HD, aku menyangkakan AF8 ini akan lebih hebat
Malangnya, AF8 amat hambar. Selepas 2.5 Konsert, AF8 gagal menarik minat aku. Kebanyakan kawan-kawan dan blogger-blogger lain juga bersetuju dan melabelkan AF sebagai ntah hapa-hapa.
Jadi dengan berat hatinya aku sendiri berikan verdict bahawa AF8 ini telah failed.
Kenapa aku kata failed? Banyak faktornya. Antaranya ialah format baru yang mencacatkan experience AF itu sendiri, gimik semasa konsert yang kureng, pelajar-pelajar yang annoying dan tidak ada aura di atas pentas. Secara amnya AF8 inj hambar dan membosankan.
Mungkin ada yang kata masih terlalu awal untuk menghukum AF8, mungkin ia akan jadi lebih bagus terutama sekali bila hampir ke final konsert. Mungkin juga, itu aku tak nafikan tapi kalau diiikutkan pengalaman-pengalaman 'bersama' AF selama 7 musim yang lepas, perkara itu jarang berlaku. Jikalau sehingga konsert ke-2 ini pun masih sebegini hambar dan membosankan, memang AF8 ini tidak ada harapan lagi.
Mungkin AF9 akan lebih bagus? Wallahu'alam.Yang pasti AF8 ini memang FAILED!