ROOMMATE REVENGE
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for payback time…
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang kau dan bagitau kat roommate yang kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & bagitau takde orang kat rumah. Unpack segala barang kau & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati "horee…kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah belah dah skrg”
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak, dah merebak”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu,bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi”…
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat “Horee…” sambil bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
10. Kata kat roommate kau “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate kau balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia yang kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.
14. Bila roommate kau tutup lampu waktu malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.
16. Masa roommate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate kau ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate kau sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur