NAK BUAT APA DENGAN DUIT OD-ASB
Dari kaca mata seorang beginner; apa yang patut anda lakukan dengan duit OD-ASB. Ini panduan aku dapat dari blog Topeq. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila dapatkan nasihat daripada pakar.
- Senang nak enjoy. Dah tentu duit ada beribu-ribu dalam akaun. Rugi la kalau tak digunakan. Beli handphone baru. Guna cek plak tu. Tak boleh tahan. Beli kasut baru. Tukar sport rim kereta. Macam-macam lah boleh buat bila dah jadi OKB ni.
- Boleh buat downpayment Mitsubishi Lancer. Lebih kurang 12k je kot. Tak luak pun duit OD. Lepas tu, tiap-tiap tahun bayar interest OD dengan dividen ASB je la. Duit gaji dah nak kena bayar installment kereta tu. Hidup kena la bergaya.
- Pergi melancong. Bali ke, Phuket ke. Duit banyak tak tau nak buat apa ni. Setakat 3-4k je pegi melancong. Tak banyak sangat pon. Untuk release tension kerja jugak. Baru la produktiviti kerja bertambah lepas pergi bercuti tu. Cuti-cuti Malaysia!
Sebelum korang lakukan perkara-perkara di atas. Sila mantapkan pendapatan pasif dahulu – sila dapatkan nasihat pakar. Cari pendapatan alternatif untuk membolehkan kita semua menuju ke fast track. Sampai bila kita nak terkongkong dengan jadual 8 pagi – 5 petang; pukul 1 baru boleh makan. Hujung bulan pulak pening kepala nak bayar ansuran kereta. Duit sewa rumah pun asik lewat saja. Duit kat mak bapak lagilah jarang-jarang ada. Tu belum lagi ada anak bini yang nak kena jaga. Carilah jalan penyelesaian untuk itu semua. Bila mana duit bukan lagi masalah utama. Nak beribadat pun tak ada la pening kepala. Asik fikir nak jadi kaya saja. Sebab tu la pasif income penting. Bila hidup dah tiada kekangan. Kalau…
Masa tu pendapatan sawit 20 ekar korang dah boleh tolong bayarkan installment banglo kat Bandar Sri Permaisuri. Korang bolehlah pergi bercuti guna duit sewa shop lot yang dah tak boleh hitung dengan jari. Hari-hari isi minyak free dekat stesen minyak sendiri. Bestnya la hidup guna duit orang sana sini. Tapi…
Sebelum korang nak berangan tu semua. Fikirkan dulu macam mana nak dapatkan pasif income macam kat atas tu. Sila belajar pengurusan kewangan. Sila belajar tips untuk menambah pasif income. Sila bermula dari bawah. Lepas tu barulah korang boleh berangan nak ke Bali. Handphone pon boleh tukar hari-hari. Takpun bolehlah kalau korang nak tambah isteri ferrari.
Bila dah cukup banyak pasif income tu baru la boleh ikut cara beginner macam aku menguruskan duit OD-ASB seperti yang di atas.
Dah. Berhenti baca entri merepek ni. Sila cari cara untuk tambah pasif income lagi. Kalau ada idea menarik kongsi-kongsi la kat sini. Bila dah kaya nanti bayar zakatnya sekali. Selamat berjaya!