Monday, August 13, 2012

Me vs Info (I)

ZAKAT FITRAH 2012



Korang dah bayar Zakat Fitrah tahun ni? Kalau belum, silalah bayar segera memandangkan Ramadhan pun dah sampai ke penghujung. Apatah lagi zaman sekarang ni mudah sebab boleh bayar guna sms dan online.



Rasanya korang pun tahu kan, bahawa selain daripada wajib untuk kita bayar zakat fitrah ni pada bulan Ramadhan, rezeki kita jugak akan bertambah bila kita membayar zakat. Tambahan pulak setiap ibadat yang kita buat di bulan Ramadhan ni akan dapat pahala berlipat-ganda. Jadi memang elok sangatla kita tunaikan tanggungjawab yang satu ini.


Haa tengokla kadar yang kena bayar ikut negeri korang masing-masing. Tak mahal pun. Tak sampai sepuluh ringgit sorang. Macam aku di Perlis ni cuma RM6, yang paling murah di Malaysia selepas Johor :D


Kalau tak sempat jumpa amil untuk bayar, guna SMS pun bole. Celcom dan Maxis ada kemudahan ni. Memang mudah dan tanpa caj tambahan plak tu.


Kalau tak mau guna SMS, online banking pun ada untuk hampir semua bank yang ada di Malaysia ni. Setiap bank berbeza, jadi kena login dulu dan tengok panduan yang disediakan di portal bank masing-masing.


Jadi jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk melengkapkan ibadat kita di Ramadhan tahun ini. Moh le kita bayar zakat fitrah ni segera.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk