PUASA 6
Apa kelebihan Puasa 6 ni? Haa cukup banyak sebenarnya. Jum kita tengok.
1. Puasa 6 merupakan pelengkap & penyempurnaan umpama kita berpuasa selama setahun.
2. Puasa 6 Syawal merupakan penyempurna dari kekurangan puasa fardhu, kerana di hari kiamat kelak, amalan fardhu akan disempurnakan dengan amalan sunat.
3. Puasa 6 juga merupakan tanda syukur diatas yang diberikan oleh Allah & sungguh tiada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
4. Puasa 6 juga merupakan cara seorang hamba untuk terus dekatkan diri kepada Allah.
5. Puasa 6 di bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan puasa di bulan Ramadhan, iaitu setiap kebajikan dibalas dengan 10 kali ganda pahala.
6. Puasa 6 juga memberi ruang kembali kepada sistem percernaan kita untuk bertugas secara berperingkat selepas kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan.
Jadi apa lagi, jum le kita sama-sama Puasa 6. Sesungguhnya tiada yang lebih baik selain daripada mendekatkan diri pada-Nya.
Camne raya? Best? Beraya, beraya jugak. Jangan sampai terlebih raya sudah. Sambil-sambil beraya tu, elok le jugak kita beringat dan bagus jugak kalau kita bole ambil kesempatan Puasa 6 dalam bulan Syawal ni.
Aku tau Puasa 6 ni memang ramai yang liat nak buat. Cumanya, memandangkan kelebihan dan fadhilatnya cukup besar, tak salah kita cuba jadikannya sebagai amalan hidup kita. Apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Puasa 6 ni sebenarnya?
Puasa 6 ni adalah puasa sunat yang dilakukan secara berturut @ berselang-seli selepas Hari Raya Aidilfitri. Hukum puasa enam adalah sunat bagi yang puasa sebulan penuh @ tak penuh (keuzuran) pada bulan Ramadhan. Bagi yang sengaja tinggalkan puasa di bulan Ramadhan, adalah haram baginya melakukan puasa enam melainkan setelah dia mengqada puasanya.
Apa kelebihan Puasa 6 ni? Haa cukup banyak sebenarnya. Jum kita tengok.
1. Puasa 6 merupakan pelengkap & penyempurnaan umpama kita berpuasa selama setahun.
2. Puasa 6 Syawal merupakan penyempurna dari kekurangan puasa fardhu, kerana di hari kiamat kelak, amalan fardhu akan disempurnakan dengan amalan sunat.
3. Puasa 6 juga merupakan tanda syukur diatas yang diberikan oleh Allah & sungguh tiada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
4. Puasa 6 juga merupakan cara seorang hamba untuk terus dekatkan diri kepada Allah.
5. Puasa 6 di bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan puasa di bulan Ramadhan, iaitu setiap kebajikan dibalas dengan 10 kali ganda pahala.
6. Puasa 6 juga memberi ruang kembali kepada sistem percernaan kita untuk bertugas secara berperingkat selepas kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan.
Selain daripada tu, Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)