Sunday, August 12, 2012

Me vs Life (II)

RAMADHAN 2012



Hari ini dah 24 Ramadhan. Dalam 6 hari lagi dah nak raya. Persiapan raya dah selesai? Macamana dengan ibadat pulak? Cukup puasa 23 hari? Cukup terawikh 24 malam?



Bagi aku, aku tak bajet Ramadhan tahun ini akan banyak beza dengan Ramadhan tahun-tahun lepas. Tapi itula, kita merancang Tuhan yang menentukan.  Memang setakat ini, Ramadhan aku memang cukup banyak sungguh 'ujian'. 


Antara ujian getir kena dekat aku Ramadhan tahun ini ialah ujian kesihatan. Ramadhan tahun inilah aku kena migraine yang amat teruk dan secara rasminya aku tergolong dalam golongan menghidap gastrik yang kronik. Time buka puasa & sahur memang banyak ubat aku kena telan. Mungkin sebab aku dah makin tua. Mungkin jugak sebab stress pejabat. Yang pasti aku agak kurang bersedia dengan ujian-ujian yang menimpa aku tahun ini jadi aku agak tidak stabil daripada segi emosi.


Walaubagaimanapun, Alhamdulillah sekarang ni aku dah ok. Mungkin prospek untuk bertukar angin lagi beberapa minggu lagi yang memberikan aku semangat. Mungkin jugak aku dah boleh terima kenyataan maka aku dah lebih tenang. Apa pun aku harap Aidilfitri tahun ini akan meriah seperti tahun-tahun lepas dengan kepulangan adik-adik serta anak-anak saudara aku ke Taman Bukit Kaya ni.



Untuk beberapa hari yang tinggal Ramadhan ni, aku akan cuba banyakkan lagi ibadat dan amalan aku memandangkan rekod terawikh aku untuk tahun ini pun tak cemerlang macam tahun-tahun lepas.



Tahun ni aku agak kurang berbuka puasa di luar berbanding tahun lepas. Selain daripada berbuka di Aura Stimbot & Grill dengan Interim MPP, aku takde buka puasa di luar langsung. Majlis Berbuka Puasa UiTM Perlis 2012 pun aku tak gi. Buah hati Sayang ajak berbuka sekali pun aku tak dapat tunaikan lagi. 





bersambung?....

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk