RAYA AIDILFITRI 1413H
Akhir kata, Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Moga bergembira bersama keluarga tersayang menyambut hari yang mulia ini. Bagi yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta di atas ketelanjuran perbuatan, tersalah kata atau tersilap bahasa. Mohon dihalalkan segalanya.
Kala
Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan
sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai
sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi
pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat
kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah.
1. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika
terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah.
Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah
menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan
mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat
hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para
sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan
kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima
amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada
waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
3. Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramdahan kita telah
bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya
melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari
berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
4. Mandi sunat pagi hari raya
Disunatkan mandi
di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu
sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan
sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup
segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya
Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari
raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk
dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang
terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat
solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak
disunatkan kepada kaum wanita.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih
afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza
ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat
menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui
kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu
langkah kakinya akan meninggikan darjat.
8. Mengerjakan solat aidilfitri
Syiar yang paling utama dalam menyambut
Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh
umat islam.
9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan
sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk
menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan
ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan
hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah ,
selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu
diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa
setahun.
Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah
memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2
syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal
samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Akhir kata, Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Moga bergembira bersama keluarga tersayang menyambut hari yang mulia ini. Bagi yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta di atas ketelanjuran perbuatan, tersalah kata atau tersilap bahasa. Mohon dihalalkan segalanya.