Friday, August 17, 2012

Me vs Sales (I)

MERDEKA RAYA 2012 PROMOTION


Macam biasa, bila menjelang raya je, banyak la syarikat-syarikat yang buat promosi raya. Ni antara yang aku 'jumpa'.


Bengang jugak aku tengok promosi handphone Sony ni. Yela aku beli Xperia S tu baru 2-3 bulan lepas tapi waktu tu tu harganya masih RM1,899. Sekarang ni, dah la harga jatuh, model lagi canggih pun murah lagi. Bagi peminat handphone Sony dan Android, bolehla beli sekarang.




Ini pulak offer iPhone 4s daripada Celcom. Memang murah tapi tak menghairankan sebab iPhone 5 pun dijangka akan diumumkan bulan Oktober ni.  Ini promosi raya iPhone 4s kedua daripada Celcom. Yang pertama untuk pakej Data iPhone 4s serendah RM48/sebulan.




Ini pulak promosi raya pakej smartphones Celcom. Ada 22 jenis telefon pintar yang ditawarkan dalam promosi ni jadi korang boleh pilih mana yang berkenan di hati.



Maxis takde promosi diskaun untuk raya cuma diorang ada promosi untuk e-Kad raya percuma dan promosi Super Savers Hotlink jer.



Untuk promosi Hotlink Super Savers ni,  ada 3 jenis yang ditawarkan. Pertama ialah Super Savers: Top-up di mana korang dapat 5 minit masa berbual percuma dan 50 SMS percuma ke semua nombor Hotlink dan Maxis dengan top-up minima RM10. Kedua ialah Super Savers: Midnight di mana korang boleh jimat sehingga 88% daripada jam 12 hingga 10 pagi dengan 'membeli' 30 minit masa berbual pada harga RM1 atau 50 SMS dengan harga 50 sen ataupun 100 SMS dengan harga RM1 sahaja. Yang terakhir ialah Super Savers: Sunday di mana setiap hari Ahad korang boleh beli sejam masa berbual untuk panggilan ke semua nombor Hotlink dan Maxis dengan hanya RM 1. 

 

Korang mesti pernah tengok iklan Tesco di TV yang ada Nabil dan Ana Raffali tu kan. Selain daripada promosi diskaun barangan tu, Tesco gak ada promosi peraduan Belanja & Menang sempena hari raya ni. Jadi kalau nak shopping raya tahun ni bolehlah ke Tesco sebab mana tau ada rezeki hadiah Pakej Rumah Terbuka tu.



Selain Tesco, Pasaraya Giant pun ada prosmosi peraduan untuk raya kali ni. Kalau tengok posternya, hadiah-hadiah untuk Peraduan Meriah Raya Giant ni lagi hebat. Cumanya nak kena guna Kad Visa Debit baru boleh sertai.




Haa selain daripada Tesco yang jugak guna Nabil sebagai ikon promosi raya, Seng Heng pun menggunakan Nabil. Kalau tak silap ni bukan kali pertama Nabil jadi duta Seng Heng untuk promosi raya diorang. Banyak gak diskaun-diskaun menarik untuk produk elektrik & elektronik untuk promosi raya kali ni di Seng Heng.



Courts pun ada promosi raya tapi diorang takde artis sebagai duta. Courts ni aku tak mau cakap banyak sebab memang dia femes dengan pembelian secara ansuran dia untuk barangan rumah. Selain barangan elektrik & elektronik, banyak gak promosi diskaun untuk barangan perabot.


Itu je antara promosi-promosi raya yang aku 'jumpa'. Bolehla korang pegi shoping raya lepas ni. Tapi dalam bershoping raya tu jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk membayar zakat fitrah tahun ni, bagi yang belum bayar. Bagi yang dah bayar, alhamdulillah.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk