Saturday, February 13, 2010

Me vs Malaysia Boleh (III)

HARGA KONDOM



Agak-agak korang berapa harga sepeket kondom? RM100? RM50? RM20? Bagi yang dah kahwin mungkin tahu harga sebenarnya. Bagi yang bujang, kecuali anda yang bekerja di pasaraya atau 7-11, mungkin anda tidak tahu. Kalau tahu jugak, mungkin anda seorang yang suka ambil tahu... takpun anda pernah menggunakannya :) 






Mungkin anda tertanya-tanya apa motif saya buat topik berkenaan harga kondom pula kali ini. Ini adalah kerana sepeket kondom sebenarnya agak murah dan kondom amat senang dibeli. RM3 sudah boleh dapat sepeket di 7-11 yang bercambah cawangannya di seluruh Malaysia. Nak beli bermacam warna, jenis dan jenama pun ada. Yang berperisa buah-buahan macam strawberi pun ada.



Persoalannya sekarang ialah, kenapa masih ada manusia-manusia bodoh yang masih tak tahu nak guna kondom bila berzina???? 


Maaflah kalau ayat aku agak kasar tapi aku memang konfius kenapa makin kerap berita tentang bayi dibunuh dan dibuang keluar di TV dan suratkhabar. Kenapa la diorang ni sanggup bunuh dan buang bayi yang berdosa tu sedangkan kalau diorang pakai kondom sewaktu nak berzina tu kan tak mengandung? Takkan le nak beli kondom pun takut dan malu? Berzina tak malu pulak? Bunuh dan buang bayi tu tak takut pulak?



Aku tahu, berzina itu sendiri salah, dosa besar tu. Bukan niat aku jugak nak menghalalkan zina dengan mempromosi harga murah kondom tapi yela kalau kalu dah tak boleh tahan sangat nak buat, paling kurang pun pakaila kondom bodoh!!!



Entahla apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni. Sebak betul aku tengok mayat bayi yang dihurung semut dan dibakar tu. Kalu takde keje sangat, duk rumah je la tengok TV & anime. Boring sangat, Myspace, Facebook dan blog pun ada. 



Okla sebelum aku melalut tak tentu arah baik aku berenti dulu. Apa-apa pun beringatlah, kalau dah buat dosa tu, sembunyi macam-mana pun tuhan akan tunjuk jugak sampai orang lain tahu. Balasan dunia pun dah teruk, akhirat lagila. Jadi mengucap, berzikir dan istighfar lah banyak-banyak untuk elak buat dosa.


 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk