Saturday, February 13, 2010

Me vs Movies (I)

THE GIRL WHO LEAPT THROUGH TIME (LIVE ACTION)
(Toki o Kakeru Shōjo)



Ok, aku dah pernah buat topik anime dengan tajuk yang sama di sini. Aku baru dapat info yang trailer untuk filem live action nya dah direlease. Korang bole tengok di bawah ni.






Filem ini akan dibintangi Riisa Naka yang juga menjadi seiyuu (pelakon suara) untuk watak dalam filem animenya (yang boleh tahan cunnya). Kali ini beliau akan melakonkan watak Akari, remaja 18 tahun yang juga adalah anak kepada Kazuko Yoshiyama (yang dilakonkan oleh Narumi Yasuda),  watak utama yang mempunyai kuasa time leap dalam novel yang merupakan sumber asal untuk filem ini dan filem animenya.



Filem ini akan berkisar tentang Akari yang telah time leap ke masa lepas untuk mencari cinta pertama emaknya selepas emaknya koma kerana kemalangan. Berjayakah beliau?



Aku memang tak sabar nak tonton filem ni tapi memang kena tunggu lama lagi ler. Filem ni akan ditayangkan di Jepun Bulan Mac ni, jadi lambat lagi ler kalau nak boleh donlot pun :). Apa-apa pun aku memang harap ceritanya sebest filem animenya. Daripada teaser & trailernya macam kelakar & sedih je, lebih kurang filem animenya ler. Di bawah ni teaser dan trailer nya.




Teaser


Trailer
 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk