Wednesday, February 17, 2010

Me vs Malaysia Boleh (IV)

MELAYU/BUMIPUTERA TERKAYA DI MALAYSIA 2010


Rasanya ramai blogger dah buat posting pesal senarai yang dikeluarkan oleh majalah Malaysian Business tentang 'Manusia' terkaya di Malaysia untuk tahun 2010. Jadi aku nak buat kelainan sikit iaitu aku nak fokus terhadap Melayu/Bumiputera terkaya di Malaysia.
  
Jadi kalau ditengok dalam senarai Top 10 tu cuma seorang sahaja Melayu  yang tersenarai iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary di tempat ke-7 dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion. Nasib baik dia berjaya 'mengekalkan' kedudukan dia dalam Top 10. 

 Melayu/Bumiputera lain yang ada dalam senarai 40 orang tu tapi bukan Top 10 ialah:-

 1. Tan Sri Azman Hashim, peneraju Arab-Malaysian Corp di tempat ke-11 dengan kekayaan sebanya RM2.86 billion.

 2. Datuk Mokhzani Mahathir (anak Tun Dr Mahathir), Ketua Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Berhad di tempat ke-20 dengan kekayaan sebanyak RM1.08 bilion.


3. Datuk Shahril Shamsuddin & Shariman Shamsuddin dari Sapura Group (tiada maklumat tempat dan nilai kekayaan - kena beli majalah le kalu nak tau gak)

4. Datuk Seri Nazir Razak (adik PM Dato Sri Najib Tun Razak), CEO CIMB Group di tempat ke-40 (terakhir) dengan kekayaan sebanyak RM345 juta

 5. Raja Seri Eleena Azlan Shah (anakanda Sultan Perak), Pengarah Bukan Eksekutif Kumpulan Gamuda di tempat ke-35 dengan kekayaan sebanyak RM515 juta

Jadi kita boleh nampakle betapa sikitnya Melayu/Bumiputera yang 'terkaya' diantara semua yang manusia terkaya di Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan kekayaan manusia terkaya di Malaysia tahun 2010 sebanyak RM156.7 bilion tu, berapa bilion saja milik orang Melayu/Bumiputera. 

Aku bukan racist (aku ada ramai kawan Cina & India) tapi itulah kenyataannya. Walaupun dah lama DEB dilaksanakan, kita masih belum mampu meletakkan lebih ramai orang Melayu & Bumiputera di senarai tu. 

Jadi apa langkah kita seterusnya? Bila pulak kita akan masuk dalam senarai tu?

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk