Tuesday, February 16, 2010

Me vs TV (II)

Survivor 20 : HEROES VS VILLAINS


Ini musim terbaru Survivor. Dah lama gak rasanya TV kita tak siarkan siri ni. Musim terbaru ini adalah Musim ke-20 dan musim ni special sikit sempena menyambut ulang tahun ke 10 siri ini.

Siri kali ini dirakamkan di salah satu pulau kecil di Lautan Pasifik. Peserta-pesertanya pula adalah bekas peserta-peserta dari musim-musim sebelum ini. Malahan, challenges untuk musim ini juga akan menggunakan challenges daripada musim-musim sebelum ini. 




Episod pertamanya, special 2 hours pilot, baru disiarkan di US pada 11 Februari lepas dengan tajuk Slay Everyone, Trust No One dan episod kedua akan disiarkan di US pada 18 Februari ini. 



Pada pendapat aku musim ini memang akan best dan episod pertamanya telah membuktikan  aku betul. Pertama sekali, memandangkan semua peserta-peserta musim kali ini adalah veteren Survivor, 'permainan' mereka juga agak menarik, dengan alliances dan pembelotan yang berlaku. Kedua, kumpulan Villains memang betul-betul berlagak seperti penjahat dengan berkelakuan ganas semasa Reward Challenge sehinggakan bahu seorang peserta Heroes telah terkehel dan tulang jari kaki seorang peserta Heroes lagi telah patah.  Malahan bra salah seorang peserta  Heroes juga telah tercabut semasa bergelut dalam challenge tersebut, walapun sayangnya telah dicensored :). Itu belum lagi Immunity Challenge

Jadi siapa peserta-pesertanya? Di bawah ini senarainya mengikut musim-musim kemunculan asal mereka:-



Colby Donaldson, 36
'The Australian Outback' (Musim 2) (tempat ke-2);
'All-Stars' (Season 8) (tempat ke-12)
Heroes





Jerri Manthey, 38
'The Australian Outback' (Musim 2) (tempat ke-8);
'All-Stars' (Musim 8) (tempat ke-10)
Villains


Rob Mariano, 34
'Marquesas' (Musim 4) (tempat ke-10);
'All-Stars' (Musim 8) (tempat ke-2)
Villains


Rupert Boneham, 45
'Pearl Islands' (Musim 7) (tempat ke-8);
'All-Stars' (Musim 8) (tempat ke-4)
Heroes


Sandra Diaz-Twine, 35
'Pearl Islands' (Musim 7) (Pemenang)
Villains


Stephenie LaGrossa, 30
'Palau' (Musim 10) (tempat ke-7);
'Guatemala' (Musim 11) (tempat ke-2)
Heroes


Tom Westman, 45
'Palau' (Musim 10) (Pemenang)
Heroes


Danielle DiLorenzo, 28
'Panama' (Musim 12) (tempat ke-2)
Villains


Cirie Fields, 39
'Panama' (Musim 12) (tempat ke-4);
'Micronesia' (Musim 16) (tempat ke-3)
Heroes


Parvati Shallow, 27
'Cook Islands' (Musim 13) (tempat ke-6);
'Micronesia' (Musim 16) (Pemenang)
 Villains


Candice Woodcock, 27
'Cook Islands' (Musim 13) (tempat ke-8)
Heroes


James Clement, 32
'China' (Musim 15) (tempat ke-7);
'Micronesia' (Musim 16) (tempat ke-7 (kecederaan))
Heroes


Amanda Kimmel, 25
‘China' (Musim 15) (tempat ke-3);
'Micronesia' (Musim 16) (tempat ke-2)
Heroes


Courtney Yates, 28
'China' (Musim 15) (tempat ke-2)
Villains


Randy Bailey, 50
'Gabon' (Musim 17) (tempat ke-8)
Villains


Jessica "Sugar" Kiper, 30
'Gabon' (Musim 17) (tempat ke-3)
Heroes


James "J.T." Thomas, 25
'Tocantins' (Musim 18) (Pemenang)
Heroes


Tyson Apostol, 29
'Tocantins' (Musim 18) (tempat ke-8)
Villains


Ben "Coach" Wade, 38
'Tocantins' (Musim 18) (tempat ke-5)
Villains


Russell Hantz, 36
'Samoa' (Musim 19) (tempat ke-2)
Villains



Trivia:-
1. Richard Hatch (pemenang Survivor pertama yang femes kerana telah berbogel dalam siri tersebut dan dikenakan house arrest kerana tidak membayar cukai untuk wang sejuta yang dimenanginya) telah bersetuju untuk menyertai musim ini tetapi terpaksa menarik diri sebab tidak mendapat kebenaran mahkamah.
2. Sugar pernah menjadi kekasih Peter Petrelli (hero siri Heroes) dalam siri Gilmore Girls.
3. 2 peserta lagi juga telah menarik diri kerana komitmen kerja dan salah seorangnya telah diganti oleh Russel Hantz yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran Survivor: Samoa.  Russel Hantz juga terkenal kerana merupakan peserta survivor yang telah main kotor dalam usahanya untuk menang tetapi akhirnya cuma berjaya mendapat tempat ke-2.
4. JT mengaku menjadi 'kipas susah mati' siri Survivor ini selepas menontonnya semasa beliau masih di high school lagi. 
5. Slogan asal Survivor (Outwit, Outplay, Outlast)  juga telah ditukar ke Return, Revenge, Redemption untuk musim ini.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk