Sunday, September 2, 2012

Me vs TV (IV)

DOCTOR WHO



Doctor Who? Citer ape ni? Tak penah dengar pun. Mesti ramai yang akan kata begitu bila tengok tajuknya.

Mai sini cek nak bagitau apa & sapa Doctor Who ni.



Doctor Who ni siri TV genre aksi sains fiksyen yang diterbitkan oleh syarikat BBC atau Bristish Broadcasting Company. Macam Media Prima di Malaysia tapi BBC ni di England walaupun dia ada cawangan di Amerika jugak.




Siri Doctor Who ni berkisar tentang pengembaraan seorang lelaki misteri yang menggelarkan dirinya sebagai The Doctor. Dia ni sebenarnya adalah alien yang datang daripada Planet Gallifrey. Yang bestnya dia ni adalah seorang Time Lord, iaitu dia ada kemampuan untuk mengembara melalui masa dan angkasa menggunakan kenderaan merentas masa yang digelar TARDIS. Doctor Who ni macam superhero jugakla. Dia akan pergi ke tempat-tempat & zaman-zaman yang memerlukan khidmat dia terutama sekali kalau tempat tu ada masalah dengan alien.  


Gambar di atas tu la TARDIS. TARDIS tu sebenarnya singkatan untuk Time And Relative Distance In Space. Menggunakan TARDIS ni, Doctor Who boleh pergi ke mana-mana zaman dan tempat serta planet yang dia nak. Tapi biasanya TARDIS ni yang akan tentukan ke mana & zaman bila yang perlu Doctor Who ni pergi. TARDIS ni kalau diikutkan ada macam-macam bentuk, tapi yang The Doctor ni memang pilih jenis bentuk kotak polis di Britain sebab kononnya orang ramai tak syak bila nampak. Yela siri ni kan dibuat oleh orang British jadi pengembaraan dia banyak di Britain ler dan kotak polis ni benda biasa la di sana.




Doctor Who ni agak femes di England (dan sekarang di Amerika). Mau tak, siri ni dah bersiaran sejak tahun 1963. Maknanya tahun ni dah 49 tahun siri ni ke udara. Nak tau macam mana siri ni boleh bertahan selama itu? Sebab sebagai seorang Time Lord (spesis si Doctor ni), karekter Doctor ni boleh bertukar badan apabila dia nak nak mati (akibat cedera parah etc). 




Ikut teorinya dia boleh bertukar badan sebanyak 12 kali sebelum dia betul-betul mati. Jadi dia boleh jadi 13 orang yang berbeza bila tiba masanya.  Setakat 49 tahun ni, Doctor Who ni dah bertukar badan sebanyak 10 kali. Jadi dah ada 11 orang Doctor Who la macam dalam gambar di atas tu. 


Si Doctor ni memang asalnya mengembara seorang diri tapi dalam pengembaraan dia, dia akan bawak jugak orang lain ikut sebagai teman dia. Biasanya perempuan la sebab dia lelaki. Tapi ada gak teman dia tu couple laki perempuan atau pasangan suami isteri. Ada jugak teman dia tu bukan manusia tapi robot anjing yang dipanggil K-9. Gambar di atas tu gambar semua teman-teman Doctor Who selama 49 tahun ni.  




Banyak lagi yang boleh aku cerita tentang Doctor Who ni tapi berjaman le baru nak abih kalau nak cerita semuanya. Jadi apa yang bestnya siri Doctor Who ni? Cukupla aku katakan yang peminat-peminat cerita aksi sains fiksyen memang kena tengok siri Doctor Who ni, terutama sekali season yang nak disiarkan ni.


Tapi bagi yang tak minat aksi sains fiksyen, boleh jugak cuba tonton sebab siri ni memang banyak aksi, misteri, lawak British yang agak kelakar, tragedi, kisah cinta dan macam-macam lagi. Korang pasti tak menyesal.


Oh ya! Pada 1 September 2012, episod pertama untuk musim ke 7 Doctor Who mula disiarkan secara rasminya di BBC ONE dan BBC America. Korang bolehlah donlod untuk menonton episod itu yang bertajuk Asylum of the Daleks. Cumanya pada pendapat aku, episod ini tidak begitu sesuai untuk beginners sebab episod ini terlalu padat dengan 'sejarah' Doctor Who.

 

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk