Monday, September 3, 2012

Me vs Movie (II)

THE EXPENDABLES 2



Sempoi! Stylo! Malatop! Kelakar! Citer hero tua?! Itula komen-komen yang aku dapat bila ditanya tentang filem Expendables 2 ni.



Secara amnya aku setuju. Filem ni memang sempoi, stylo, kelakar dan malatop! Pesal hero tua tu, er aku tak berapa nak setuju la. Bukan la hero tua tapi ikon-ikon dan lagenda filem aksi. Baru la betul. Pertama kerana tak semua pelakon utamanya tua dan kedua, tak semuanya hero, ada gak heroin ;). 


Mengekalkan formula yang sama seperti filem pertamanya, filem Expendables 2 ini juga menampilkan kumpulan askar upahan yang terdiri daripada ikon-ikon terkenal dalam filem aksi untuk bertarung dalam situasi yang mustahil, sama ada dengan tangan kosong ataupun menggunakan senjata-senjata yang canggih, menentang si antagonis yang juga seorang ikon terkenal filem-filem aksi.



Tetapi ini bukan bermakna filem ini mengitar semula semua benda daripada filem pertamanya. Dalam filem ini, watak-wataknya lebih banyak manyakat antara satu sama lain yang menimbulkan suasana yang kelakar.  Contohnya watak Dolph Lundgren yang kerap disakat watak-watak lain kerana ke'blur'an dia. Yang paling aku sakit perut ketawa ialah apabila Bruce Willis menyakat Arnold tentang pernyataan 'I'll be back' yang memang sinonim dengan beliau melalui filem Terminator dan beliau telah membalas balik dengan menyebut 'Yipikaye' yang sinonim dengan watak Bruce Willis dalam siri filem Die Hard.


Barisan Pelakon The Expendables

Barisan Pelakon The Expendables 2

Jikalau kita bandingkan barisan pelakon antara filem pertama dan filem ini, memang jelas filem ini menampilkan lebih ramai pelakon walaupun beberapa pelakon daripada filem pertama tiada dalam filem ini. Pelakon yang tidak kembali untuk filem ini ialah Sean Austin dan Mickey Rourke. Pelakon baru yang ditambah dalam filem ini ialah Jean Claude Van Damme, Chuck Norris, Nan Yu dan Liam Hemsworth. Aku tak berapa kenal Nan Yu, dan aku sebenarnya lebih mengharapkan Shu Qi atau Maggie Q yang berlakon dalam filem ni.


Walaupun ada pertambahan pelakon, watak-watak beberapa pelakon berjaya juga diberikan lebih banyak aksi seperti watak lakonan Bruce Willis dan Arnold Susah Nak Eja. Cuma aku agak terkilan apabila watak Jet Li hanya ada dalam babak pertama filem ini saja dan beliau tidak beraksi dalam babak akhir filem ini yang bukan saja menampilkan aksi semua pelakon tetapi juga malatop.  


Plot filem ni berkisar tentang tema maruah. Maruah daripada aspek maruah kasih sayang, maruah perhubungan sesama insan dan maruah satu penghormatan. Maka apabila maruah sudah tercalar, maka ia perlu ditebus dengan apa cara sekali pun. Proses serta perjalanan menebus maruah itulah yang menjadikan filem ini begitu menarik untuk ditonton dan 2/3 daripada filem ini berkisar tentang dua perkara ini.


Walaupun temanya berat, filem ini bukanlah filem aksi yang serius. Senang cakap, selagi filem ini ditonton tanpa terlalu banyak berfikir, maka ia cukup menghiburkan. Memang terlampau banyak yang tak lojiknya tapi itu semua tak penting. Cuma yang aku tak bole terima ialah bagaimana plot ceritanya yang aku rasakan terlalu bergantung kepada elemen-elemen kebetulan. 



Jadi final verdict aku untuk filem ini ialah 4 bintang kerana plot ceritanya terlalu bergantung dengan elemen-elemen kebetulan.

Nuffnang

Advertlets

Ping Busuk